[Buat Duit] Jenis perniagaan di internet


Sebelum baca post ni, pastikan korang baca dulu :
Pengenalan
Chapter 1 - Niche
Chapter 2 - Kepentingan Trafik


Dalam post ni, kita akan membincangkan tentang cara-cara yang boleh digunakan untuk buat duit di internet . Kita akan bincang 3 cara je, walaupun banyak cara lagi. Sebab cara-cara lain tu untuk orang-orang advanced saja.


Advertisement ( letak iklan di website / blog ) 
Letak iklan adalah cara yang paling mudah sekali untuk buat duit di internet. Ada beberapa jenis iklan di internet:

CPM ( Cost Per Mille / Cost Per Thousand Impression )
Ini adalah jenis iklan dimana, bila kita ada website atau blog, kita akan dibayar mengikut berapa kali pelawat melihat iklan. Website yang biasa pakai cara ni adalah thepiratebay.org

CPV( Cost Per Visitor )
Kita akan dibayar mengikut pelawat yang datang ke website / blog kita.

CPV ( Cost Per View )
Kita akan dibayar mengikut berapa kali pelawat melihat iklan di website / blog. Contoh iklan yang biasa kita tengok adalah yang slalu kuar popout. Website pakai iklan ni adalah mediafire.com

CPC ( Cost Per Click )
Kita akan dibayar apabila pelawat click pada iklan kita. Contoh adalah adsense. Banyak blog / website yang pakai CPC sebab ni adalah cara yang paling senang nak buat duit kalau website korang ada traffic.

CPA ( Cost Per Action )
Kita akan dibayar apabila pelawat membuat sesuatu terhadap iklan kita. Ada 2 umum kategori CPA :

  1. CPL ( Cost Per Lead ) - Apabila pelawat isi form, atau complete satu-satu survey dan etc. Contoh advertiser CPA adalah sharecash.org, yang sebelum korang boleh download file, korang kene isi form survey dulu.
  2. CPS ( Cost Per Sale ) - Apabila pelawat yang tengok iklan beli barang / service yang diiklankan


Affilates
Affliate same je macam korang jadi promoter satu-satu produk. Biasanya, bila korang nak jadi affliates, korang kene tengok niche korang dulu. Contohnya, kalau niche korang adalah "Kuruskan badan", korang boleh jual produk "Kuruskan badan". Contoh-contoh website affliates adalah Ebay, Amazon,Clickbank. Tapi affliates kat malaysia kurang efektif, sebab orang malaysia masih lagi ragu-ragu untuk beli barang online.


Jual Produk Sendiri
Cara ni tak payah terangkan pun tak apa, faham-faham sendiri la. Kalau korang ada produk nak jual, tempat yang paling efektif adalah mudah, sebab jumlah trafik kat situ adalah tinggi. Trafik tinggi == Duit Cepat & Banyak.

Ok, tamat chapter ni. Harap korang paham jenis-jenis perniagaan dalam internet. Dalam post yang seterusnya, kita akan berbincang pasal 2 jenis cara buat duit saja, iaitu Advertisement dan juga Affliates, memandangkan dua cara tu aje yang senang dan boleh buat duit dengan cepat.

Note : Dalam post mula-mula ni, kita akan belajar basic. Selepas habis basic, barulah kita akan belajar teknik dan cara untuk buat duit. Untuk beginner, jangan risau, teknik step-by-step akan disediakan. Tapi makesure korang paham basic dulu.

Kalau korang tak faham post ni, pastikan dulu korang baca :

Artikel Berkaitan