Masalah Android Overheating dan macam mana tak nak bagi dia overheating

So, sekarang 73% masyarakat dunia pakai Anroid. Apa tu Android. Bagi yang dah ada phone yang canggih-canggih tu tau la Android tu apa. Bagi yang tak tau, Android adalah satu macam operating system untuk telefon. Antara phone yang pakai Android adalah phone-phone baru keluaran Sony / Samsung. Kalau korang pakai Nokia, jangan berangan phone korang tu pakai Android sebab Phone Nokia akan pakai Symbian OS atau Windows Mobile.

Balik kepada Tajuk asal.

Kenapa Android Selalu Overheat (Panas)?

1 - Saiz Kecil
Sebabkan handphone bersaiz, dia akan cepat panas. Sebabnya, komponen-komponen kat dalam handphone tersangat-sangat lah pack dan rapat-rapat. Cuba la bayangkan kalau kita manusia duduk rapat-rapat dalam satu bekas kecik, tak ke panas?

2 - Main game tanpa henti
Kalau korang main game kat phone, lebih-lebih lagi main game dengan melampau boleh menyebabkan phone korang overheat. Main game dekat phone tu boleh diibaratkan korang berlari, dan kalau main game tanpa henti tu boleh diibaratkan berlari tanpa henti. Tak ke semput phone korang?

3 - Main Internet dengan melampau
Yup, main internet akan makan bateri korang 2 kali ganda dan seterusnya boleh membawa kepada masalah overheat kalau korang main internet tanpa henti. Sebabnya, bila telefon guna internet, dia perlu mengeluarkan satu jenis signal wireless untuk membawa data kepada router dan menerima data daripada router. Senang cerita, Main internet == Bercakap telefon sebab dua-dua perlu keluarkan signal wireless.

4 - Bateri lama 
Bateri lama juga sebab phone korang akan jadi panas. Ramai  yang tak tahu yang bateri phone kena tuka selepas korang charge phone korang 300-500 kali. Sebab apa korang tak tau? Sebab kedai jual bateri phone "LUPA" nak cakap. Tapi tak perlu la setiap kali charge phone tu nak kira satu-satu. Kalau phone korang tu habis bateri dalam masa 1 hari walaupun korang tak guna langsung, tu petanda korang kena pergi bank, keluar duit dan beli bateri baru.

5 - Charge phone sambil main game?
Ni adalah sebab utama phone cepat panas. Bukan game aje, dengar lagu, tengok video, tengok gambar pun termasuk jugak. Seeloknya, masa phone tu ngah charge, biar la dia bersantai sekejap je.Bagi la masa dia rehat.

So penyelesaiannya : 

1- Buang function yang tak terpakai macam slideshow, weather report dan etc.
2- Kontrol nafsu main game.
3- Cuci phone korang - jangan cuci pakai sabun plak.
4 - Tuka Bateri kalau dah konk
5 - Kalau boleh cari phone yang function berpadanan dengan saiznya.
6 - Tutup wifi kalau korang tak main internet, kurangkan main internet. Try pakai laptop / komputer.
7 - Bagi peluang phone korang rest masa dia ngah charge. Lagi elok, turn off / standby masa ngah charge.

Artikel Berkaitan