[Buat Duit] Chapter 1 - Niche




Chapter 1- Niche

Dalam dunia internet marketing, niche adalah sesuatu yang amat penting sekali. Sekiranya korang gagal mencari niche yang betul, bermakna korang akan gagal dalam internet marketing.

Apa tu niche?
Niche adalah sekumpulan manusia yang inginkan atau berminat mengenai sesuatu. Contohnya, korang nak buat website pasal dota, maka niche korang adalah manusia yang suka main dota.

Macam mana nak pilih niche yang betul
Kalau nak pilih niche, kita tak boleh pilih niche yang besar. Contohnya seperti niche "Kesihatan". Kita perlu kecikkan lagi niche tu seperti niche "diet" atau niche "aids". Dengan guna pendekatan ni, kita akan mendapat sekumpulan orang yang betul-betul berminat dengan produk / website kita. Lepas tu, barulah kita boleh nak jual produk / nak letak advertisement.

Kegunaan Niche
Niche ada dua kegunaan utama iaitu :

  1. Peminat - Apabila pengunjung laman web tau yang website korang ni pasal "aids" contohnya, diorang akan selalu datang ke website korang untuk dapatkan updates atau info tentang aids.
  2. Google - 2/3 dari manusia akan guna Google untuk dapatkan maklumat, ini bermakna, kalau orang cari pasal "aids", website korang akan turut tersenarai dalam search result di Google.  


Tips mencari Niche
Untuk mencari niche, benda yang korang perlu ingat adalah, kat dunia ni, ada berjuta-juta Internet Marketers. So, amatlah penting untuk korang cari niche yang belum lagi disentuh oleh Internet Marketers yang lain. Ambik contoh, niche korang adalah "kucing parsi", korang boleh try search kat google, then, kalau search result kurang dari 1juta, korang boleh teruskan dengan niche tersebut.

Artikel Berkaitan