Memahami tentang macam mana nak buat duit online

Selain bersosial, internet juga boleh diguna pakai untuk buat duit. Hari ni, aku memutuskan untuk buat satu kategori baru, iaitu "BUAT DUIT" so aku dapat berkongsi dengan korang semua pasal macam mana  nak buat duit online.


Bila cakap pasal buat duit, ramai yang takut untuk buat duit online. Selain dari takut, ramai jugak yang tak percaya pasal buat duit online. Memang banyak yang tipu, so korang kene berhati-hati. Ok, start dari sini, aku tak akan panggil kerja ni "BUAT DUIT ONLINE", tapi aku akan panggil "INTERNET MARKETING" atau "IM". Baru nampak professional sikit. hehe. 


Memandangkan ni post aku yang pertama pasal ni, dalam post ni aku akan terangkan beberapa cara yang famous dalam Internet Marketing.

  1. Jual barang  / servis korang sendiri
    1. Contohnya, kalau korang ada barang nak jual, cara paling mudah adalah korang jual kat mudah. Selain dari mudah korang boleh jugak jual kat ebay atau buat je website sendiri.
  2. Jual barang / Servis orang lain - affliate
    1. Ni adalah cara yang paling famous. Keje dia same je macam promoter. Kalau korang dapat jual, korang dapat commision
  3. Advertisement
    1. Advertisement pun memang tak asing lagi dalam Internet Marketing. Contohnya, bila korang ada blog atau website, korang letak advertisement then korang akan dapat duit, bergantung kepada jenis advertisement tu. 

Ok, ni 3 cara famous dan aku tak nak terang panjang-panjang dalam satu post je sebab nanti bosan. Dekat next post, aku akan terangkan semua menda ni dengan lebih mendalam lagi, satu per satu. 


Satu perkara yang korang kene set in mind. Buat duit online ni bukan satu benda yang fake. Cuma korang kena ada panduan dan jalan yang betul je.


Artikel Berkaitan