[Buat Duit] Chapter 2 - Kepentingan Trafik


Trafik adalah salah satu sumber terbesar dalam Internet Marketing. Tanpa trafik, korang takkan boleh buat apa-apa dalam Internet Marketing.

Apa tu Trafik
Trafik bukan bermakna polis trafik atau jalan jem, tapi trafik disini bermakna, berapa ramai orang pergi kat sesebuah website atau blog. 

Kenapa Trafik Penting
Trafik penting sebab tanpa trafik, korang takkan dapat pelanggan. Sama macam tol, kalau tak ada orang lalu highway, maka takde la orang nak bayar tol, lingkuplah PLUS.

Kalau Trafik banyak apa yang saya boleh buat?
Kalau trafik banyak, korang boleh buat apa je korang nak. Korang boleh letak iklan, jual barang, letak offer atau apa-apa saja yang boleh mendatangkan duit.

Ciri-ciri trafik yang bagus?
  1. Pelawat tak keluar dari website terus, tapi pergi ke page atau post lain dulu.
  2. Pelawat yang datang kembali ke blog atau website korang
  3. 1000 view sehari sudah mencukupi untuk dipanggil trafik yang boleh buat duit
  4. Masa yang dihabiskan oleh pelawat kat website / blog lama - dalam 20 minit ok la.

Macam mana nak dapatkan trafik?
  1. Tuliskan post yang berkualiti
  2. Cari topik yang hangat
  3. Biarkan user berinteraksi dengan website atau blog korang (cth:komen)
  4. Pastikan page / website korang tersenarai dalam Google
  5. Sentiasa update website / blog
  6. Promote website / blog

Setakat ni, kita masih lagi belajar benda-benda asas dalam Internet Marketing. Kalau korang tak baca lagi post-post yang sebelum ni, make sure baca k? sebab kalau korang miss satu post, agak susah nak faham post seterusnya. Next chapter akan cover pasal jenis-jenis perniagaan dalam Internet Marketing.

Sila baca post terdahulu:
Pengenalan
Chapter 1 - Niche

Artikel Berkaitan