Memahami OOP : WTH OOP?
OOP Part 1
Post ni akan membincangkan pasal OOP, yang agak memeningkan sedikit programmer-programmer kita terutamanya kat mesia, disebabkan kekangan bahasa(buku banyak dalam BI) dan ajaran-ajaran sesat yang banyak bertebaran kat tempat blaja masing-masing. Haha.. Lepas buat banyak reading pasal OOP, then its time for me to share my knowledge.

OOP atau Object Oriented Programming adalah programming paradigm atau dalam bahasa mudah cara untuk koding. Sebelum pergi ke OOP, rasanya agak perlu kita tengok sejarah programming paradigm untuk paham kenapa OOP ni diwujudkan.

History of Programming Paradigm
1950-an [Machine Code]
Machine code first programming language yang wujud. Dengan menggunakan hanya 0 dan 1, software computer dibina. Kemudian, software developer pada waktu tu sedar, dengan menggunakan paradigm ni software memang susah untuk dicipta dan dimaintain.

1960-an[Assembly Language]
Assembly language pulak language yang menggunakan beberapa operator logical seperti push,mov untuk bina software. Sama seperti Machine Code tadi, assembly language pon susah untuk difahami dan dimaitain.

1970-sekarang[Functional Programming]
Bermula dengan C, software semakin senang untuk dicipta. Paradigm yang dipakai adalah Structural Programming, dimana penggunaan syntak yang lebih mudah dan kod-kod dipisahkan kepada block-block yang kecik(function) untuk di-reuse kembali pada masa hadapan. Walaubagaimanapun, masih terdapat masalah dimana software yang menggunakan paradigm ni sukar untuk difahami dan sukar dimaintain juga.

1960-Sekarang[OOP]
OOP adalah satu kaedah kita menggabungkan data dan function yang berkaitan dalam satu file atau class. Berbeza dengan Functional Programming, dimana kita tidak mementingkan kaitan antara data dan function, tapi main letak je...nak guna kang panggil je la.. Dengan menggunakan konsep OOP, kita membolehkan Object kita berinteraksi sesama mereka, manakala kalau guna Functional Programming kita yang kena meninteraksikan diorang.

OOP
Seperti yang dinyatakan kat atas tadi, OOP membolehkan kod kita berinteraksi antara satu sama lain. Disamping advantages ni, kod kita juga senang untuk dimaintain dan bersedia untuk menghadapi apa-apa perubahan.

//Contoh koding untuk pelajar add subject dkt Universiti

//Functional Programming : C, kita yang kene buat diorang berinteraksi
AddSubject(Struct pelajar p, Struct subject s);

//OOP : java lihat diorang berinteraksi antara satu sama lain
pelajar1.addSubject(Subject subject);


Berikut adalah contoh satu class file dalam OOP :
Contoh class dalam OOP


Kalau perasan, kalau pakai OOP, kita punyer koding lagi make sense berbanding dengan Functional Programming. Thus, giving us more maintainance ability in the future. Thats all in this post. Post-post lepas ni akan membincangkan pasal Object dan lepas tu pasal 4 konsep penting bagi OOP dan bagaimana diorang ni berguna masa koding.

  1. Abstraction
  2. Inheritence
  3. Encapsulation
  4. Polymorphism


Kesimpulan :
OOP adalah satu cara programming, yang menggunakan kaedah menggabungkan data dan method(function) yang berkaitan dalam satu file atau kelas.

Artikel Berkaitan