Setup Environment Untuk Membuat Aplikasi Android


Dalam siri ini, kita akan mula menyediakan komputer kita dengan peralatan yang diperlukan untuk membuat aplikasi Android.

Hanya satu software yang diperlukan iaitu Android Studio. Android Studio adalah software rasmi yang dikeluarkan sendiri oleh Google sebagai kemudahan untuk membuat aplikasi Android.

Apa yang perlu diinstall

  • JAVA (JDK 7)
  • Android Studio
  • Android Emulator


Cara install JAVA di Windows

1. Pergi ke link ni.
2. Tekan Accept License Agreement
3. Klik Download JAVA JDK mengikut arhitecture CPU anda. Komputer yang baharu biasanya didatangkan dengan arthitecture X64. Sila lihat kepada dokumen spesifikasi komputer anda untuk jika anda tidak pasti.


4. Selepas siap download, install seperti biasa.

Cara Install Android Studio di Windows

1 - Pergi ke link ni dan tekan download.
2 - Install seperti biasa.
3 - Setelah siap install, buka Android Studio dan tekan create new project.
4 - Selepas tu, tekan next sampai habis.

Cara install Android Emulator

Android emulator adalah satu software yang digunakan untuk "emulate" telefon android. Dengan kata lain, dengan adanya emulator, anda akan mempunyai satu telefon android di dalam komputer anda.

1 - Pastikan Android Studio masih lagi dibuka, kemudian pergi Tools->Android->AVD Manager
2 - Klik pada Create Virtual Device
3 - Tekan pada mana-mana device yang anda inginkan, contohnya Nexus S kemudian tekan Next.

4 - Di paparan seterusnya, pilih mana-mana Android OS yang anda inginkan kemudian klik pada perkataan download. Contohnya, jika mahukan telefon anda dengan OS Lolipop, klik download pada lolipop. Pastikan di bahagian ABI anda memilih armeabi-v7a.

NOTE : armeabi-v7a boleh diguna pakai di mana-mana CPU. X86 pula boleh dipakai di CPU Intel sahaja. Jika CPU anda adalah Intel, gunakan X86.


5 - Pada paparan seterusnya, klik pada accept dan tekan Next. Tunggu sehingga proses download selesai.
6 - Setelah selesai, tekan butang Finish.
7 - Anda akan dibawak kembali ke paparan sebelumnya. Di paparan itu, tekan Next.
8 - Last sekali, tekan Finish.


Run Android Emulator

1 - Setelah semua proses di atas selesai, anda akan dibawa ke paparan seperti gambar dibawah.
2 - Untuk memulakan emulator, tekan pada butang play.

3 - Satu telefon android akan popup di skrin anda. Kali pertama, proses untuk start mungkin lama sikit. Jika tiada masalah, anda akan dipaparkan dengan telefon seperti gambar dibawah.



Okey, habis sudah tutorial kali ini. Tutorial seterusnya akan mengajar bagaimana untuk memulakan aplikasi "Hello Dunia" di emulator tersebut.

Jika ada sebarang masalah atau pertanyaan, kemukakan di ruangan komen. :)

Artikel Berkaitan