Aplikasi Untuk Melihat Streaming Movie Secara Percuma!!


Jika bercakap mengenai streaming movies, rata-rata pengguna akan cuba mencari laman web yang menawarkan servis itu yang biasanya akan dipenuhi dengan pelbagai popup dan iklan.

Kini anda tak perlu lagi menggunakan laman web untuk melihat movie kegemaran anda. Apa yang anda perlukan adalah aplikasi popcorn time.

Aplikasi popcorn time menawarkan servis streaming movie-movie terkini secara percuma. Yang menariknya, aplikasi ini ditawarkan dalam pelbagai platform seperti Mac Os, Linux, Windows dan juga Android.

Selain kepelbagaian platform, aplikasi ini juga turut memberikan fungsi-fungsi tambahan seperti rating dari imdb, paparan HD, sari kata, dan juga rumusan movie tersebut.



Bagaimana Popcorn Time berfungsi
Jika anda tertanya-tanya bagaimana aplikasi ini berfungsi, ia menggunakan konsep yang sama seperti torrent. Ini bermakna filem yang anda sedang tonton adalah hasil perkongsian dari orang ramai.

Selain dari movie, popcorn time juga turut menawarkan siri televisyen dan juga anime. Lebih dari itu, anda juga boleh membuat carian movie yang anda ingin tonton.

Artikel Berkaitan