Adakah prestasi CPU dipengaruhi oleh Umurnya?

Jika di imaginasikan situasi di bawah :

Saya beli dua CPU yang sama, satu yang dah terpakai, dan satu lagi yang masih baru..Adakah prestasi kedua-dua CPU ni masih sama atau prestasi CPU akan berkurang??

Jawapannya adalah tidak dipengaruhi oleh umur CPU itu sendiri, sebab, kelajuan CPU sebenarnya dikawal oleh Crystal Oscilator. Crystal Oscilator tidak berada dalam CPU, sebaliknya berada di luar CPU. Ini bermakna, walaupun setua mana CPU, selagi ia tidak rosak, prestasinya masih lagi akan sama. 
crystal oscilator
Biasanya ada beberapa sebab kenapa CPU akan jadik slow jika lama digunakan :
  1. Kepanasan - Bila panas, kebanyakan devices akan automatic slowkan performance CPU untuk mengelakkan CPU dari rosak. Jadi, kipas CPU atau kipas komputer agak memainkan peranan penting dari segi performance CPU. Kalau kipas-kipas tu berhabuk, memang slalu panas la komputer kan? So jadi slow la CPU.
  2. Efficiency - Sesetengah laptop, terutamanya laptop yang jenis nipis dan kecik, yang tak berapa nak ada ruang udara dalamnya, akan kurangkan performance CPU supaya barang dalamnya tak rosak.
  3. Registry - Secara logik, komputer yang lama dipakai akan banyak masalahnya. Salah satu masalah yang akan effect performance CPU adalah masalah registry, iaitu, software yang kita install (software ni akan register dalam Operating System) dan bila kita uninstall, dia tak unregister balik, menyebabkan   CPU terpaksa process software-software palsu dan redundant. Jadik, pakailah software macam CCleaner Pro (Download link) kalau nak cuci registry komputer. 
  4. BloatWare - BloatWare adalah software-software yang diinstall sekali dengan Operating System. Kadang-kadang kita tak pakai pon software tu.. Jadi, software yang entah datang dari mana-mana tu remove la supaya CPU boleh berjalan lancar, dan setiap sen yang kita labur kat CPU tu berbaloi..
Jadi, manage komputer korang betul-betul. Kalau ada habuk, cepat-cepat bersih sebelum die pergi ke kipas..

Artikel Berkaitan