5 idea untuk FYP bagi programming




Tanpa banyak cerita ni 5 list untuk projek FYP korang..

1 - Online Leave Management System
Leave management system adalah satu sistem yang berkaitan dengan cuti. Dengan sistem ni, instead pekerja-pekerja kena apply secara manual(dengan kertas) dia boleh je apply online, kat rumah..Some crucial requirement untuk tajuk ni adalah tunjuk bagi leave yang ada, supervisor boleh approve/reject leave. Projek ni simple tapi useful.

2 - Timetable generator untuk universiti @ college
Bagi pelajar kat universiti dan kolej, timetable memang jadik satu masalah. So dengan adenye benda ni, agak menyenang hidup si pelajar-pelajar berkenaan. Maybe korang boleh try apply kat tempat korang belajar. Tapi menda ni agak susah sebab nak guna data dari database kat universiti @ kolej berkenaan. Tapi kalau betul2 jadik, boley buat duit senang maa...


3 -  Cubicle@extension management system
Bagi satu-satu syarikat, biasanya bila ade pekerja baru keluar dan masuk @ pekerja naik pangkat, masalah bilik diorang ni akan jadik satu hal yang amat memboringkan. Jadik, create la satu system untuk selesaikan masalah ni. Requirement dia, takde duplicate extension, dan skali dengan nombor phone pon kene berubah. Sistem ni berguna untuk tiga pihak, pekerja, admin dan customer.


4 -  Software untuk calculate jarak 2 bandar (mobile)
Kenape mobile? Sebab kat internet dah ade google map.Yup, memang ade google map version mobile, tapi yang tu tak effective sangat.. So korang buat la satu application yang boleh kira jarak dua bandar, tapi make sure korang buat satu yang gile2 user friendly dan interactive


5 - Game?
Masalah untuk buat game adalah untuk carik game ape yang nak buat. Sebab, game bukan satu masalah, tapi dia jenis entertainment, tapi still kene gune programming untuk buat game. So kalau nak buat game make sure game tu jenis yang entertaining dan tak common. Biar la game tu simple sekalipun, contoh die angry birds, yang simple giler tapi entertaining. Ermm... bagi game mybe korang boleh buat satu game based on Malaysia. Maybe bertemakan gangster2 malaysia @ cicak man ke ?? hahah.. tapi terpulang..

Artikel Berkaitan