Skor A - Sistem Pembelajaran Online Yang Diiktiraf Oleh Kementerian Pembelajaran - WTF??
Skor A merupakan satu sistem pembelajaran online. Kalau search kat internet, banyak website yang puji skor A dan banyak website yang kata skor A ni diiktiraf oleh menteri-menteri dan kementerian pelajaran malaysia. ERkk..WTF?

Apa kata kita tengok sikit source code website skor A yang diiktiraf sangat ni :

Ok, ni adalah contoh soalan demo yang dia kasi. Kita start dengan soalan nombor satu dulu. Try tengok kat kod Selcompare ('A','D',...), pastu try tick jawapan D. LOL..BAIK!! Jom try soalan nombor dua plak.


Selcompare('A','A',...)..Try tick jawapan A..BAGUS!!! Test soalan nombor tiga plak.


Kali ni kita buat lain sikit. Try tak payah ikot jawapan dalam Selcompare tu. Try tick B, Oppss salah..


Last skali, kita try ikot jawapan dalam selcompare tu. Try tick D..hahahah..LOL..betul..

So, ni ke sistem online yang diiktiraf oleh kementerian pelajaran malaysia? Bayangkan kalau Skor A ni terus diiktiraf dan diiktiraf, lama-lama mungkin skor A ni jadi satu bentuk sistem pembelajaran yang digunapakai di sekolah-sekolah, tak ke semua pelajar sekolah dapat full mark?

Tak tau dimana silapnya, mungkin sebab programmer-programmer skor A ni malas/ nak cepat siap/ memang tak tau koding ataupun mungkin syarikat skor A ni tak cukup bajet nak buat sistem yang lebih secure tapi menda ni tak sepatutnya berlaku.

Harapan kepada bakal-bakal programmer, janganlah buat mistake ni, make sure coding korang berkualiti dan jangan koding for $$, tapi koding for fun.

Kalau sape-sape nak try, boleh pegi ke http://www.scorea.com.my/bm/demo.cfm dan masukkan id pengedar 82828

Artikel Berkaitan