Benda yang korang perlu tau sebelum jual pendrive, laptop atau harddisk
Katakan korang dalam situasi ni :
Korang ada satu pendrive yang banyak gambar peribadi. Korang tak guna dah pendrive tu, so nak jual. So korang format pendrive tu then jual.

Korang nak jual laptop, so korang format laptop korang tu and then jual



Kalau korang ada baca post ni, korang akan tau yang file yang dah didelete / format boleh direcover balik. So gambar-gambar dan file korang tadi dalam bahaya!

Walau bagaimanapun, ada penyelesaian terhadap masalah ni. Banyak software yang dah dikeluarkan untuk mengatasi masalah ni. Antara software-software yang boleh korang pakai untuk delete file dengan lebih selamat :

Eraser
Dengan guna Eraser, data korang akan didelete guna 3-7 pass. Maksudnya dia akan didelete 3-7 kali. Ini bermakna, file yang nak didelete tu akan dioverwrite dengan data palsu, pastu data palsu tu akan didelete. Proses ni akan diulang 3-7 kali. Selain tu, Eraser akan automatic letak satu option kat context menu untuk delete file guna Eraser.

Freeraser
Freeraser akan delete file korang guna method 3 pass. Bermakna, file akan didelelete dan akan dioverwrite sebanyak 3 kali. Software ni adalah portable, x perlu untuk diinstall.

CCleaner
CCleaner pon boleh dipakai untuk delete temp file,cookies & etc dengan selamat. Dekat Tools->Drive Wiper, akan ada satu option macam mana kita nak delete file-file tersebut. Tapi hanya untuk delete temp file sahaja.


Artikel Berkaitan