Tentang Windows : Dari Windows 95 ke Windows 8

Syarikat Microsoft bermula dengan kejayaan Bill Gates yang Operating System yang bernama MS-DOS kepada Syarikat IBM. Kalau nak tau macam mana rupa MS-DOS, try la bukak Command Prompt.

Selepas daripada kejayaan menjual MS-DOS, Microsoft cuba membuat beberapa lagi operating system yang lain seperti Windows 1.0, Windows 2.0 dan Windows 3.0. Windows 3.0 telah menjadi kejayaan yang baru buat Microsoft.

So, jom stick to the topic, Tentang Windows : dari Windows 95 ke Windows 8

Windows 95 - Bermulanya era Plug N Play
Windows 95 secara keseluruhannya mengutamakan Graphic User Interface iaitu alternatif kepada command line. Kewujudan Windows 95 juga memberi konsep baru kepada dunia computer iaitu konsep Plug n Play dimana tiada installation diperlukan untuk berhubung dengan hardware seperti monitor dan sebagainya.


Windows 98 - Sukses kepada Windows 95
Windows 98 merupakan sebuah sukses kepada windows 95 dimana lagi banyak hardware support untuk plug n play. Walaupun begitu, masih lagi banyak masalah dan biasanya komputer slalu crash pakai windows 98..erkk...


Windows 2000 - Workstation
Windows 2000 berjaya menjadikan Windows sebagai workstation atau lebey kurang, benda yang orang pakai kat office tiap-tiap hari. Tapi topik utama bagi Windows ni masih lagi CRASH,CRASH dan CRASH.


Windows ME - Era Kegemilangan Multimedia & Internet
Windows Millenium dibangukan dari windows 98 dan apa yang dinaiktaraf adalah ciri Multimedia. Macam maen movie, dengar music dan apa yang lagi best adalah bermulanya Kegemilangan Berinternet.


Windows XP - Yes, i love it.

Sebenarnya nama XP bukan asal dari eXPerience tapi eXtreme Programming. Extreme Programming tu macam, main koding je walaupun koding tu banyak error. Maksudnya, windows XP ni berasal dari coding yang ntah apa2 dan banyak error..purf.. sebab tu banyak updates dan CRASH,CRASH,CRASH. Tapi Windows XP menjadi satu sukses bagi microsoft sebab Graphic User Interface yang mudah.


Windows Vista - Bill Gates bagi saya makan banyak, sebab tu saya slow..
Vista = Slow. Sebab banyak sangat effect dalam windows Vista. Windows Vista memang menjadi satu failure bagi Microsoft. Bayangkan mula-mula start pon dan 500MB die makan RAM..Kebanyakan pengguna Vista akan beralih kepada Windows 7.


Windows 7 - Performance XP + Effect Vista
Windows 7 memang satu satu kejayaan besar bagi Microsoft. Kebanyakan komputer kat dunia ni pakai Windows 7. Antara sebabnya, laju(ermm), Graphic User Interface yang lawa, Plug n Play hampir 90%. Tapi still lagi CRASH. Dan apa yang mungkin ramai tak tau, Windows 7 ada Geo-Features yang boleh track semua aktiviti yang berlaku kat Windows 7. Maksudnya, apa yang korang buat kat komputer korang akan ditrack oleh Microsoft.


Windows 8 - The Unknown
Ermmm..ntah la..xtry lagi, tapi apa yang dah terbaca kat internet, Windows 8 hasil dari Windows 7 tapi apa yang agak menarik adalah support kepada touch screen. Dan user experience akan diperkualitikan lagi.

Thats all. Tapi kesimpulan dari post ini adalah, Windows = CRASH.

Artikel Berkaitan