Sedikit kabar angin tentang iPhone 5



Akan dilancarkan pada bulan Oktober 2011
The Wall Street Journal mengesahkan yang iPhone 5 akan dikeluarkan pada bulan Oktober tahun ni. Tapi nama tu tak pasti lagi samada akan dinamakan iPhone 5 atau iPhone 4S.

Wireless Sync & Wireless Charging
iOS 5 yang akan menjadi sebagai Operating System bagi iPhone baru ni akan memberikan syncing secara wireless yang bermakna, komputer korang dan iPhone akan sentiasa up to date. Selain tu, kabar angin juga mengatakan yang iPhone 5 akan support wireless charging. Wow.

Kamera yang lebih baik 
The Wall Street Journal juga melaporkan iPhone 5 akan dikeluarkan dengan kamera baru 8 megapixel, dan dalam masa yang sama Blomberg juga melaporkan iPhone 5 akan dikeluarkan dengan kamera flash yang lagi baik.


Skrin 4' atau lebih kecil 
Ini bermakna iPhone 5 akan menjadi lagi kecil. Tapi ade juga kabar angin yang kata iPhone 5 akan dikeluarkan dengan skrin 3.5'.

iCloud-based
iCloud adalah seperti mempunyai harddisk di internet, yang membolehkan kita akses kepada data kita dimana-mana. iPhone 5 dikabarkan akan dikeluarkan dengan feature ni.

Processor yang lebih laju
iPhone 5 mungkin akan guna processor iPad 2 yang boleh dikatakan agak laju.

Amaran gempa bumi
iPhone 5 versi jepun akan mempunyai sistem amaran gempa bumi. Tapi kat negara-negara lain tak tau.

iPhone Nano
Ada juga kabar angin yang kata akan keluar iPhone Nano yang mana akan berharga lebih murah untuk sape-sape yang tak mampu nak beli iPhone. Mungkin iPhone Nano ni berkapasiti 8g sahaja, tapi boleh akses data gune cloud tadi.

Apa pon, semua kabar angin kat atas ni tak tau sama ada betul atau tidak, tapi semua kabar angin ni di ambil dari sumber-sumber  yang boleh dipercayai saja.


Artikel Berkaitan