Macam mana nak layari internet dengan lebih selamat?

Bila browsing di internet, privacy adalah benda yang paling penting sekali. Syarikat-syarikat besar seperti facebook, google & lain-lain semuanya mahukan data-data privacy kita. Contohnya no telefon, nama, alamat, email.

Jadi kalau diorang ade data-data privacy kita, diorang akan tau setiap gerak geri korang!!Contohnya, kita sign in dekat google account, pastu korang search guna google, semua benda yang korang tulis, termasuk yang korang salah tulis disimpan di dalam database diorang, disusun satu persatu pakai algorithma dan ditukar jadi maklumat; contohnya kalau satu mamat ni asyik search pasal porn je, diorang pon akan label mamat tu sebagai "KAKI PORN" dekat database tu..

Sama jugak dengan facebook. Kita boleh tengok facebook komen & juga facebook likes dimana-mana aja sekarang ni, jadi dengan secara tidak langsung walaupun kita tidak main facebook, facebook tetap akan collect data pasal kita; macam pergi kat website mana, berapa jam sehari main internet & etc.

Macam mana nak layari internet dengan lebih selamat?
Tor adalah satu perisian yang boleh meminimakan data yang boleh dikutip oleh syarikat-syarikat yang macam kat atas tu. Tekan kat link ni untuk download dan install. Tor ni kita install sekali dengan firefox.

Macam mana nak install Tor

  1. Donwload kalau tak download lagi , lepas tu extract
  2. Bukak folder yang telah diextract tadi(Folder bernama Tor Browser) dan tekan Start Tor Browser
  3. Tunggu dia abis loading semua, kemudian satu window firefox akan muncul, dan kita boleh start surf internet dalam firefox tu. Untuk tau samada kita sudah menjadi anonymous kat internet, try check kat sini. Kalau software tu xmenjadikan kita anonymous, try restart software Tor tersebut. 

Macam mana Tor berfungsi?
Tor berfungsi dengan membawa maklumat kita ke beberapa pengguna Tor yang lain sebelum sampai ke destinasi. Contohnya kita nak buat search "xmen" kat google, sebelum samapi ke google, Tor akan bawak data kita melompat ke beberapa pengguna Tor terlebih dahulu sebelum sampai ke google. Ini menjadikan google tidak dapat mengenalpasti siapa yang membuat request tersebut(kecuali kalau kita dah sign in google account). Itu secara asasnya.

Happy surfing :)

      Artikel Berkaitan