Google + menyerang, adakah facebook akan jatuh tersungkur?

Google + sekarang menjadi topik hangat dalam dunia internet. Apa tu Google +? Bagi yang belum tahu, Google + adalah satu platform social yang lebih kurang je macam facebook.

Ramai yang beranggapan bahawa tak lama lagi, Google + bakal mendahului facebook. Dengan kekuatan yang ada pada brand "Google" mende ni tak mustahil berlaku. Mungkin facebook akan jadi macam friendster@myspace lepas ni?? Ape pun jom tengok dengan lebih lanjut.

Perbezaan utama Google + dan Facebook


- Like Button vs +1 button
Ini mungkin persamaan yang paling senang skali nampak. Tapi kekuatan +1 button adalah ianya boleh didapati di Google search! Ini bermakna button ni akan berada di mana-mana sahaja.

- Facebook video chat vs Google hangout
Mungkin ramai lagi yang belum guna Facebook video chat, tapi kalau sape yang pernah pakai skype, macam tu lah rupanya facebook video chat. Google punye video chat pulak dinamakan hangout. Kelebihan Google hangout berbanding dengan Facebook video chat adalah kita boleh video call ramai-ramai member sekali gus.

- Facebook Friendlist vs Google Circles

Sebagaimana yang kita tau, Facebook punya friendlist memang menyerabutkan dan jarang kita pakai. Facebook friendlist biasanya hanya dipakai di facebook chat sahaja. Berbeza pulak ceritanya dengan Google Circles. Apabila pakai Google +, apa saja yang kita buat, semuanya berdasarkan kepada circles. Contohnya kita nak post selamat hari jadi kepada rakan sekampung, kita boleh privacykan sikit ucapan kita tu guna circles, so orang sekampung je la yang nampak, orang lain takkan nampak.

Banyak lagi perbezaan tapi kat atas tu adalah tiga perbezaan utama google+ dan facebook. Tapi akan yang akan menjadi killer bagi facebook adalah Google Circles . Jom tengok video pasal Google + ni dan kenapa kita akan bertukar ke google +..(secara rela atau terpaksa )

** Google + masih dalam beta stage, so sape yang nak  masuk kena invite dulu..Sape yang nak invite free boleh bagi email korang kat aku guna contact form button atau email terus llataefilon@gmail.com
** Pada pendapat aku, apa yang kurang pada Google + adalah die tak ade game nak maen..haha

Artikel Berkaitan