Antivirus terbaik bagi 2011 yang free


Antivirus memang penting terutamanya bagi sape-sape yang kuat main internet atau banyak sumbat pendrive yang datang ntah dari mana-mana. Ada dua kategori antivirus , berbayar dan yang free. Kalau nak antivirus yang bagus, rasanya baik beli yang berbayar sebab protection yang antivirus tu bagi lagi bagus.
Walau apa pon, post ni akan bagi list antara antivirus-antivirus yang terbaik bagi tahun 2011.


  1. Bitdefender Free Antivirus - Bitdefender memang bagus dari segi protection dari virus, especially bagi real-time protection. User interface ok, end user interactive ( macam popup ) pon ok. Tapi kadang2 bitdefender punya service not responding, tu satu je masalah antivirus ni.
  2. Avira Antivir Personal - Avira memang popular sebab banyak universiti pakai antivirus ni, mungkin sebab murah?entah. Tapi overall performance dia ok. Ada 2 problem dengan avira yang biasa orang komplain. Satu, kalau dia detect virus kat komputer, korang boleh bagi microphone kat die bagi gegar satu malaysia. Bising sangat. Dua, kalau jumpa virus, dia akan popup tanpa henti, lagi-lagi kalau jumpa banyak, sampai nak pakai komputer pon tension.

  3. AVG Free Antivirus - AVG memang banyak dipakai kat personal komputer. Overall performace ok. Tapi kadang-kadang komputer boleh hang sebab pakai antivirus ni sebab banyak makan CPU.
  4. Avast Free Antivirus -  Avast masih lagi baru beberapa tahun dalam dunia antivirus. Tapi kalau lihat kepada rating yang diberi oleh website-website besar macam PCWorld dan Cnet antivirus ni boleh digolongkan dalam kategori yang agak bagus. Tak salah mencuba!
  5.  Microsoft Security Essentials - Antivirus keluaran Microsoft ni pun agak bagus. Tetapi memandangkan ianya keluaran Microsoft, secara personal, tak digalakkan mencuba. Sebab kalau windows yang korang pakai tu pirate, lagi senang Microsoft nak detect. 

Artikel Berkaitan