5 text editor alternatif kepada notepad
Text editor adalah alat yang penting di dalam sesebuah komputer. Biasanya, windows punyer notepad diguna pakai sebab notepad memang satu pakej sekali dengan windows. Akan tetapi, katakan kita nak buat aturcara PHP atau C++, kalau pakai notepad, tak ke hitam putih je aturcara kita tu? So, penyelesaiannya, carilah text editor lain.

Post ini akan menyenaraikan beberapa text-editor yang terbaik(pada pendapat saya) dan antara ciri-ciri yang perlu ada pada text-editor yang saya pilih ini adalah :
  1. PERCUMA!!
  2. Syntax Highlighting ( color2 kod supaya tak sakit mata)
  3. Boleh guna dalam Windows 

1. NOTEPAD ++ 
Saya suka notepad++!!. Interface senang faham dan banyak plugins yang boleh digunakan untuk customize notepad++, serta notepad++ support banyak bahasa pengaturcaraan. Walaupun masa mula-mula pakai, agak tension sebab banyak plugin yang kena kita masukkan selepas install. Saya amat RECOMMEND text editor ni pada orang yang mula-mula nak berjinak dalam dunia pengaturcaraan.



    Pencipta Emacs ni seorang yang famous dan pencipta lesen GNU ( open source ). Oleh kerana penciptanya adalah seorang yang telah lama dalam bidang software, Emacs boleh dianggap sebuah text-editor yang matang(kurang bugs) dan stabil. Cara nak pakai Emacs agak susah sebab ia memang dicipta untuk orang pro. Agak memerlukan masa untuk memahami Emacs.



    PSPad. Dengan nama macam PSP so, perkara pertama yang terbayang kat kepala "Ni text-editor untuk buat software/game kat PSP ke?". haha..bukan,PSPad same je macam notepad++, nama je pelik sikit. PSPad khusus untuk bahasa pengaturcaraan web (HTML, CSS, Javascript, PHP) dan boleh jadi Web IDE. Mengikut apa yang saya baca kat internet, PSPad masih ada banyak masalah dan bugs.
    **Web IDE adalah satu persekitran untuk membina website. Ambil contoh, kalau nak baiki kereta, mestilah kena ade bengkel kan??so dalam kes ni, IDE=Bengkel, Website=Kereta


    jEdit, satu text editor yang ditulis dalam bahasa JAVA dan boleh digunakan didalam  Windows, Linux dan Mac Os. Mengikut apa yang terdapat didalam website jEdit, terdapat banyak plugin yang telah dicipta untuk menambah ciri-ciri jEdit.  jEdit suport banyak bahasa pengaturcaraan dan saya cadangkan jEdit, untuk sape-sape yang suka tukar-tukar OS.
    **Apabila sesebuah software ditulis dalam JAVA, secara automatic ia boleh digunakan di dalam mana-mana OS(Operating System), selagi OS tersebut telah diinstall JAVA.
      Tengok kepada interface Caditor, nampak simple and nice. Caditor di cipta dengan menggunakan .NET Framework dan khusus untuk windows, bermakna ia akan run laju didalam windows. Kelebihan yang disebut didalam website Caditor adalah searchbox diletakkan diatas toolbar supaya xpayah nak tekan CTRL+F untuk cari perkataan dan Caditor support rich text format(format yang lebih kurang microsoft windows)









        Artikel Berkaitan