Sedikit FAQ Tentang Siri Tutorial Ini


Klik Untuk Melihat Isi Kandungan Penuh Siri Tutorial Ini 

Apa itu aplikasi Android?
Secara kasarnya, aplikasi android adalah cebisan kod yang berfungsi dalam peranti yang beroperasi menggunakan Sistem Pengoperasian Android (Android OS).

Adakah sukar membuat aplikasi Android?
Jika anda bertanya kepada seorang bayi yang baru reti berjalan "Susah sangat ke nak berjalan?". Sudah tentu jawapannya ya. Tapi lepas beberapa kali jatuh & rebah, akhirnya dia siap boleh berlari-lari lagi. Jadi jawapannya, bergantung kepada usaha anda. Lagi kuat usaha anda belajar, lagi senang.

Apa programming language untuk buat aplikasi Android?
JAVA. Dan percayalah, JAVA lagi senang dari PHP jika anda guna tools yang betul. Dan artikel-artikel ini akan pastikan tools yang anda gunakan adalah tepat.

Adakah saya perlu tahu JAVA untuk ikuti siri tutorial ini?
Jika anda sudah tahu JAVA, bagus. Jika tidak, kami sudah sediakan satu tutorial untuk anda faham sedikit sebanyak tentang JAVA. Itu sebabnya kami namakan sesi tutorial ini "Tutorial Membuat Aplikasi Android Dari Kosong".

Adakah saya perlu ikuti setiap dari siri tutorial ini?
Tidak. Ini kerana setiap tutorial telah dicipta dengan ciri independent. Jika anda rasa sudah tahu satu-satu topik, silakan skip. Setiap artikel juga akan dihadirkan dengan projek baru.

 Klik Untuk Melihat Isi Kandungan Penuh Siri Tutorial Ini 


Artikel Berkaitan