ICANN VS WWW



WWW maybe ramai yang penah dengar, tapi ICANN? Ape beza dua perkara ni? Jom tengok satu persatu

ICANN
Mengikut kata-kata Wikepedia, ICANN adalah satu organisasi yang nonprofit(tak buat untung) yang mengawal koordinasi internet secara global. Maksud dia, ICANN ni satu badan yang bertanggungjawab untuk mengatur ip address setiap komputer@server@laptop@iphone@ipad@iron@whatever, dan ICANN control mende ni secara global. Diharap penerangan yang tu cukup untuk menjelaskan secara ringkas aptu tu ICANN.

Tapi korang mybe terpiki, ape tu ip address? Ip address tu macam alamat untuk komputer. Contohnya, korang nak pergi www.google.com.. www.google.com tu cuma nama samaran je. Sebenarnya alamat dia dalam bentuk nombor macam 90.253.12.1... So ICANN bertanggungjawab meletakkan alamat 90.253.12.1 ke server yang host website google.

Tambahan kepada info kat atas, ICANN juga bertanggungjawab dalam meluluskan domain extension seperti .com,.net,.fm,.com.my dan lain-lain. Dan apa yang menarik, start tahun 2012, ICANN telah bersetuju untuk meluluskan domain extension utk syarikat-syarikat besar, seperti .intel, .dell, .asus dan lain-lain.


WWW
WWW @ World Wide Web adalah satu protokol atau dalam bahasa mudahnya tatatertib yang dibangunkan oleh satu badan yang bernama W3. Korang boley pergi website die http://www.w3.org/ kalau nak. So, WWW ni digunakan untuk access website secara standard.. Jap2, pening tak definition ni?????

Ok jom mudahkan. Bayangkan, korang nak tulis surat rasmi, dan bayangkan mase tu takde lagi cara yang standard@protokol untuk tulis surat rasmi.. ade yang alamat kat bawah, alamat kat atas, alamat kat tengah.. So korang pon pening mane satu cara yang korang nak ikot..tol x? Disebabkan tu lah, satu standard dibuat untuk tulis surat rasmi, supaya kalau hantar kat Anwar Ibrahim pon dia paham, kalau antar kat Najib pon dia paham...

Disebabkan tulah W3 mewujudkan WWW untuk memudahkan penghantaran mesej diantara Google Chrome dan Server.. Supaya Google Chrome boley pegi mane2 website yang dia suka, tanpa sebarang masalah hanay dengan menggunakan protokol WWW sebab semua server paham...Ok x??


Apa beza WWW(W3) dan ICANN ?
Bezanya sgt berbeza. ICANN control standard domain manakala W3 control standard server(website). Tapi ade satu persamaan antara dua ni iaitu dua2 cuba untuk menstandardkan  internet yang kita ade sekarang supaya senang kita berinternet...

Artikel Berkaitan